Selamat Datang Risna's Simple Blog: C.I.N.T.A UTK SIAPA?

Galeri

C.I.N.T.A UTK SIAPA?



"Cinta
itu
cahaya
sanubari, kurniaan Tuhan
untuk insani
Rasa bahagia biarpun
sengsara, berkorban segala-
gala"
Lirik lagu nasyid "Kerana Cinta" ini
singgah sebentar di minda ini bila menulis
tajuk ini.
Seringkali perkataan ini bermain-main di
fikiran dan seringkali juga ia menjadi
tanda tanya orang-orang di sekelilingku
bila cinta sejati akan menjemputku. Bukan
tidak pernah diintai oleh sang kumbang,
tetapi tanpa ikatan yang sah, aku tidak
akan sekali-kali membenarkan sang

kumbang itu menjemputku apalagi
singgah untuk menjengukku.
Hati ini pernah sekali tercuit dengan
perasaan itu, tidak seperti selalu yang
bermati-matian untuk aku
mempertahankannya. Tetapi kali ini, aku
rasa perasaan itu sudah semakin
menebal..
Dalam fikiranku, adakah aku telah JATUH
CINTA?? Tidak mungkin!
Aku katakan pada diriku sendiri bahawa
perasaan itu hanya kerana merasa kosong
dan cemburu melihat kawan-kawan
sekeliling yang sudah bahagia bersama
pasangan masing-masing. Untuk
menghilangkan perasaan itu, aku hanya
bercerita kepada Yang Labih Berhak iaitu
Allah SWT. Hanya Allah pemilik hati ini
dan hanya Allah yang lebih tahu mana
yang terbaik buatku
Setiap malam aku bermuhasabah,
bermunajat dan mengharap hanya kepada
Allah agar perasaan itu akan hilang.
Walaupun tidak secara terus tetapi
dengan mendekatkan diri kepada Allah,
aku berasa tenang kembali. Tidak seperti
sebelum-sebelum ini, hanya
mengingatkan dia yang belum halal
bagiku dan belum tentu halal bagiku.
Alhamdulillah dengan mendekati Sang
Pencipta, diri ini terasa amat tenang dan
mampu tersenyum kembali.
Hari-hari yang dilalui terisi kembali dan
semakin hari terus melupakan perkara-
perkara yang menyebabkan perasaan
bergelora dan syaitan menyucuk jiwa.
"Mereka berkata hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnyanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia
Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu.."
Lagu "Warna-warna Cinta" nyanyian
kumpulan Brothers sedikit sebanyak
menyedarkan aku, sebenarnya cinta yang
diperlukan oleh jiwa dan hati kita ialah
cinta kepada ALLAH SWT.
Cinta ini tidak akan layu, tidak akan pudar,
tidak akan mengecewakan, tidak akan
merugikan, dan segala jenis tidak.
Malahan ia semakin menambahkan
kelebihan pada diri kita, menambahkan
kebahagiaan, menambahkan senyuman
dan meningkatkan darjat kita sebagai
hamba Allah.
Pesanan untuk diri dan sahabat-
sahabatku di luar sana, jangan kita
mengejar cinta manusia selagi cinta
kepada Allah belum terlaksana dengan
sebaiknya.
Love For Allah~
Iluvislam.com

0 komentar:

Posting Komentar

Tinggalkan komentar anda dibawah ini (Trisna Irianti)